Outdoor Festival 2022

Outdoor Festival 2022 merupakan sebuah festival yang diilhamkan oleh anak muda dari Cerita & Co dan LOCCO.

Outdoor Festival 2022 adalah sebuah acara yang menghimpun peminat-peminat aktiviti outdoor dari seluruh negara. Acara yang julung kali diadakan di Malaysia ini memberi peluang kepada pengunjung festival ini mengenal, menghayati dan merasai pengalaman berada di destinasi pelancongan outdoor yang terdapat di Perak dan Lenggong khasnya.

LENGGONG dipilih kerana merupakan salah satu tapak dan destinasi UNESCO, Geopark serta Eko-Tourism yang unik, pemandangan menarik dan lokasinya yang strategik.

Dengan keunikan Lenggong dari pelbagai sudut seperti sejarah, keindahan flora dan fauna, warisan dan ‘hidden gem’ di Lenggong benar-benar menarik hati pihak kami untuk melakukan festival yang bernafas baru serta idea baru di tempat yang berpotensi bagi memenuhi kehendak trend komuniti terkini.

Outdoor Festival yang berkonsepkan santai, minimalis dan semangat anak muda justeru festival ini akan membawa satu kelainan dan pengalaman baru kepada pengunjung di Lenggong sebagai destinasi eko-pelancongan.

Lenggong juga dipilih seiring dengan kempen Tourism Perak #TravelPerakLah dalam memperkenalkan  produk eko-pelancongan, kebudayaan dan kesenian selaras Dasar Pelancongan Negara 2025 oleh Kerajaan Malaysia.

Kami berharap dengan festival yang pertama di Lenggong oleh Cerita & Co dan LOCCO dapat memperkenal dan mempromosi Lenggong sebagai destinasi pelancongan dan merangsang ekonomi setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *